Cara Kelihatan Berseri Secara Semulajadi Semasa Raya - PurelyB Healthy Lifestyle
Beauty

Cara Kelihatan Berseri Secara Semulajadi Semasa Raya

Cara Kelihatan Berseri Secara Semulajadi Semasa Raya

Aidilfitri adalah masa untuk beraya, muhasabah diri, bermesra dengan keluarga dan rakan-rakan, dan pastinya untuk mengukuhkan hubungan dengan Yang Maha Kuasa. Kita teruja bertemu keluarga dan rakan-rakan yang dah lama tak ketemu, dan semua orang menyediakan hidangan terbaik untuk dimakan bersama.

Semua ini mungkin menyebabkan sesetengah orang berasa stres, dek kerana ingin tampil berseri semasa Raya. Jangan bimbang, kami ada penyelesaiannya! Kami telah menyediakan empat langkah mudah agar anda dapat membersihkan diri secara dalaman dan luaran. Anda pasti tampak anggun! 

Empat Langkah Pembersihan Dalaman

Bersihkan kulit mati anda dengan pengelupas Buat Sendiri (DIY) semulajadi

Pengelupasan kulit setiap minggu adalah satu langkah penting bagi mengekalkan kulit berseri. Terdapat toksin dalam udara yang boleh melekat pada pori dan kotoran juga terkumpul, menyebabkan kulit anda kelihatan kusam dan dengan tona tidak sekata. Pengelupasan mingguan mampu membuang kulit mati dari permukaan, lantas kelihatanlah kulit yang segar, bersih dan berseri. Gula adalah pengelupas yang baik untuk kulit kerana ia sumber semulajadi asid glikolik. Asid glikolik meningkatkan penghasilan sel baru dan meleraikan protein yang menjadi punca sel-sel mati tergantung pada kulit anda.

Berikut adalah resepi untuk pengelupas gula:

  • ½ cawan gula perang organik
  • ½ cawan zaitun, jojoba, badam atau minyak kelapa
  • Pilihan (setitik minyak pati lavender)

Related Articles

Campurkan semua bahan untuk menghasilkan pes, gosok pada muka anda dalam gerakan membulat, bilas dan basuh seperti biasa - kulit anda akan terasa licin seperti sutera! Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, mil oat & madu mungkin lebih lembut dan melegakan kulit.

Suburkan kulit anda dengan Pupur Yogurt Strawberi!

Pupur adalah salah satu cara terbaik dan paling cepat untuk menyuburkan kulit anda agar ia bersinar secara semula jadi. Pupur 100% semulajadi dapat dihasilkan dengan murah, cepat dan mudah. Kemungkinan besar bahan-bahannya sudah pun ada di dapur anda! Dua bahan utama yang menjadi asas sempurna untuk setiap jenis kulit adalah madu mentah dan yogurt asli. Yogurt membantu memperbaiki pori dan madu sentiasa melembapkan dan melembutkan kulit anda.

Berikut adalah resepi mudah dengan tiga bahan enak (begitu enak hinggakan anda mungkin ingin terus memakannya!):

  • 2 biji strawberi yang sangat masak
  • 1 sudu teh madu mentah
  • 1 sudu teh yogurt probiotik

Lecekkan strawberi masak dengan menggunakan belakang garpu di dalam mangkuk kecil, tambah madu mentah dan yogurt, dan kacau sehingga sebati. Dengan jari-jemari yang bersih, saluti wajah bersih anda dengan lapisan tebal campuran itu dan bilas selepas 15 minit. Oh ya, sebelum menyapu campuran ini pada wajah, letakkan sedikit pada tangan bagi mengesan jika anda mempunyai sebarang alahan.

Minyak kelapa – Pelembap Sempurna Semulajadi untuk kulit

Minyak kelapa adalah pelembap dan peremaja semulajadi tertua dan paling popular. Minyak kelapa mengekalkan kekuatan dan kelembutan kulit, selain mencegah kedutan dan kekenduran. Ia melindungi kita daripada radikal bebas dan adalah pelindung matahari semulajadi. Ia mencegah kulit kering, bintik hitam dan bintik penuaan. Ia juga berupaya memulihkan dan meremajakan kulit rosak. Ambil sedikit minyak kelapa dan urut keseluruhan wajah; ia menyerap dengan baik ke dalam kulit.

Puteri Beradu – Ia bukan hanya dongengan

Terdapat bukti bahawa kurang tidur menjejaskan seri wajah. Waktu malam dianggap masa yang baik untuk membolehkan kulit anda kembali segar dan meraih manfaat anti-penuaan, dan ia membolehkan kulit anda pulih dari 'trauma' siang hari. Jadi, kurang tidur menjadikan kulit anda kelihatan letih, terutamanya di sekeliling mata. Jadi, pastikan anda tidur lena setiap malam. Anda bukan hanya akan kelihatan berseri, malah anda juga pasti mempunyai banyak tenaga untuk benar-benar menyambut dan menikmati Raya!

Selamat Hari Raya! Moga bergembira dengan keluarga dan rakan-rakan!

Tagged in:

beauty tips, skin care

Share:
blog comments powered by Disqus
PurelyB

Written by: PurelyB

PurelyB is your go-to guide to leading a sustainable healthy lifestyle. We make healthy living easy and convenient through our guide to healthy restaurants, meal plans, tips, recipes, online consultation with our expert panel and more.

Hi! We’d like to set these regional settings for you: International, United States Dollar (USD), English (en-GB)

Okay Let me choose instead