5 Cara Menyeronokkan untuk Kekal Cergas Sepanjang Raya
Fitness

5 Cara Menyeronokkan untuk Kekal Cergas Sepanjang Raya

Posted

15 July 2015

comments
comments

Walaupun Raya dianggap masa untuk makan, adalah penting kita terus bersenam sepanjang Raya. Malah, dengan kekal aktif semasa musim perayaan, kita dapat beraya dengan ria. Senaman memberi tenaga kepada badan kita dan membuatkan kita berasa lebih gembira. Dengan demikian, kita mampu memberi lebih banyak dari segi fizikal dan emosi kepada mereka di sekeliling kita. Ia juga membantu kita agar lebih peka dengan apa yang kita makan.

Berikut adalah 5 cara menyeronokkan untuk kekal cergas sepanjang Raya.

1. Pagi menjelang, kita bersenam

Sebelum mula mengemas rumah untuk menyambut tetamu atau mengunjungi keluarga dan rakan-rakan, pergi ke gim atau pergi berjalan pantas di sekitar kejiranan anda. Apabila anda sudah pun bersenam pada awal pagi, anda kemudiannya bebas beraya sepanjang hari.

2. Bersenam di rumah

Jika bersenam di luar mengambil terlalu banyak masa, cuba senaman berikut. Tiada beberat atau peralatan diperlukan!

  • Lompatan Bintang x 40
  • Cangkung x 30
  • Bangkit tubi x 20
  • Tekan tubi x 10
  • Buat sebanyak 2-3 pusingan

Related Articles

3. Bersembang sambil berjalan

Memang sifat manusia untuk bersantai dan bersembang selepas makan. Tetapi ini bukan satu-satunya cara berinteraksi dengan orang lain. Apa kata kita bersembang sambil berjalan? Gerakan fizikal memang baik untuk badan anda dan menyuntik semangat dalam perbualan.

4. Rancang aktiviti dengan seorang kawan

Bersenam dengan kawan adalah cara berkesan untuk mempercepatkan kejayaan kecergasan anda. Ia menanam rasa tanggungjawab, lantas meningkatkan kemungkinan anda kekal komited bagi mencapai matlamat. Berikan komitmen kepada satu sama lain untuk kekal cergas dan dorong satu sama lain apabila cabaran melanda. Bersenam dengan kawan bukan hanya baik untuk kesihatan, bahkan lebih menyeronokkan!

5. Rancang aktiviti berkumpulan

Raya adalah masa bermesra dengan keluarga. Tetapi ia tidak bermakna anda mesti terperuk di dalam rumah sepanjang hari. Lakukan aktiviti yang melibatkan seluruh keluarga, sama ada aktiviti mudah, seperti beriadah di taman atau bagi mereka yang suka bersaing, anda boleh mengatur pertandingan badminton antara keluarga!

Bersenam sepanjang Raya adalah pelaburan demi kesejahteraan anda dan bukannya kos untuk masa anda. Dengan badan, minda dan semangat yang lebih kuat, anda pasti lebih bersedia mengharungi kesibukan Raya dengan senyuman di wajah!


0 Shares
YOU MIGHT BE INTERESTED IN..